Sunday, May 22, 2005

Kubilas kesabaranku walau Sukar.


Mulanya sukar untuk ku tempuh. Namun kesabaran menyakinkan ku akan balasan untukku nanti. Kusangka ku kan bahagia bersamamu. Sehabis kudratku, pasrah kuterima ku hanya bermimpikanmu semata. Semuanya telahku harungi. Kuanggap kepahitan bukan untuk selamanya bila bersamamu. Mengharapkan dapat kusambung kebahagian ke akhir waktu, tapi hampa.

Sepintas dikamarku, terkenangkan manja mu dan senyuman manjamu sayang. Teramat ku bagai bara agar dirimu kan jadi milikku abadi. Kucuma dapat bermimpikanmu. Namun telah dapat kuterima ku dipinggirkan. Semoga berjaya temui apa yang kau cari. Ku mengerti kini siapalah diriku. Kau ibarat gunung, ku seolah lautan, tak kesampaian biar buat seribu tahun kunanti. Cinta kita takan tergapai.

Doaku kini terimalah segala bintang diangkasa. Bila kau gembira sekali-kali kenangkan lah daku di sini.

Sekali-kali tidakku menyesal pernah bersama mu. Apakan daya kita tak mampu untuk menongkat arus deras di antara kita untuk membina ikatan yang lebih kukuh. Aku terima segalanya sebagai suratan takdir. Walau jauh disudut hatiku amat sukar menerimanya.

Saatku merindukan dirimu jiwa meronta kau ku damba . Gerhanalah seluruh pancaindera. Ku hilang dalam memori cinta, membakar seluruh jiwa raga. Hanya kau untukku kau tiada dua. Bagaikan siang tiada mentari. Bagai malam tiada cahaya purnama. Tanpa mu tiada erti hidup berdua ke akhir masa kau kucinta…. Terngiang-ngiang dikotak mindaku. Begitulah jua luahan hatiku betapa ikhlasnya cintaku buat mu. Yang akhirnya ku pendamkan sahaja jauh jauh kelubuk dasar hatiku. Memendam rasa walau pedih tapi apakan daya. Mengharapkan kau mengerti betapa apa yang ku rasa namun dari hari ke hari segalanya seakan mendung namun hujan tidak, panas pun tidak. Mengharapkan agar ku mengerti betapa sukarnya dugaan harus kutempuhi dengan sabar dan tekad tetapi sejauh manakah insan kerdil ini mampu menghadapinya. Sukarnya perjalanan ini mengharungi lautan perasaan yang senantiasa bergelora.

Samada yakin atau tidak, setiap insan perlu sedar bahawa apa yang terjadi pada diri kita setiap hari baik atau buruk adalah kehendak Allah SWT, qada’ dan qadar. Sejauh pandangan ini masih ku ingat bisikan ditelinga sabda Rasulullah SAW “Sesungguhnya tidak akan ditimpa kesakitan pada seseorang itu sekalipun terpijak duri melainkan ia adalah penghapusan dosa-dosa kecil yang pernah dilakukan olehnya”.

Sebenarnya orang yang banyak ditimpa ujian itu tanda mendapat perhatian daripada Allah SWT. Semakin kita redha dengan pemberian dan ujian Nya, semakin banyaklah pelaburan kita.

Makin panjang renunganku mengimbau kenangan bersamamu, makin kaget aku memikirkan bagaimana harusku tempuhi hari hari yang bakal mendatang. Aku tahu harapan ku terlalu tinggi namun harapan itulah yang kau tanamkan di sanubariku menghitung hari. Andai tiada penghujungnya seperti yang kau bisikan padaku dahulu, maka tiadalah jawapan tepat dalam hatimu. Walau aku berlari selaju manapun mengejar bayangmu menuntut jawapan, akan tiada yang pasti. Seumpama aku mengejar bayangku sendiri. Takan tercapai olehku.

Maafkanku andai aku tidak seperti yang kau harap-harapkan.

Begitulah berakhirnya episod cintaku. Terus terang amat pedih kurasakan namun untuk mengenang detik 13 august 2004 itu amat pilu. Mengalir air mata darah sekalipun segalanya takan pulang seperti sediakala. Apakan daya takdir mengatasi segala-galanya. Setiap hari semenjak hari itu seakan racun buatku. Hidup tidak seperti indahnya hari-hari lalu. Entah kenapa kesedihanku kian berpanjangan. Setiap hari mengenangkanmu. Setiap malam bermimpikanmu. Sukarnya hidupku ini sekarang. Semakin cuba kulupakan semakin dekat ingatan terhadapmu melekat di fikiran ku. Sukarnya untuk ku bernafas. Rindu usah diucap, amat sekali. Walau aku sedar takdir tidak ditanganku. Sukarnya kulalui semua itu, tabahnya hati ini mengharunginya. Jiwa ini tidak lagi seperti dulu. Bagaimana harusku lafazkan betapa SUKAR nya aku sekarang mengenangkan segalanya. Bukan sukar untuk menerima kenyataan tetapi sukar untuk melupakan segalanya dari mindaku. Sayang seribu kali sayang, tiada sedikitpun ruang untuk ku dihatimu….

Dan seperti yang ku janjikan pada diriku, maka tiada lagi cinta yang akan lahir dari hati ini. Takan ku menyintai sesiapun lagi. Itu janjiku dan itulah apa yang ku rasa sekarang. Redhaku sendirian menanggung segala kepayahan dan kesengsaraan rindu ini. Kuterima segala-galanya seadanya. Cukuplah apa yang kurasa selama ini. Kata teman teman dua minggu pasti ku melupakan segalanya. Pasti. Namun tidak seperti yang dijangkakan. Sudah melangkaui 5 bulan lebih dan aku masih seperti hari pertama kau mengucapkan selamat tinggal. Parah!!

Hati pedih hati sedih…..

Rinduku pada segala-galanya yang ada pada mu. Rinduku segalanya semasa bersamamu. Tapi aku benci segalanya berlalu terlalu cepat dan aku termanggu disini menanggung resah sendiri. Dan aku benci pada keputusan yang engkau lafazkan.

Aku sedar tika dan saat ini entahkan kau enak dibuai keseronokan bersama teman-teman atau teman barumu. Dan aku bagai orang bodoh merinduimu sendirian. Bodohnya aku sebenarnya…….

Bodohkah aku?

Tak mahu aku berpaling lagi. Pedihnya kenangan itu. Tiada bertemu jawapannya. Adakah ianya suatu kebetulan atau suratan aku sendiri pun tidak dapat menjawabnya. Adakah ianya kesilapan ataupun ketentuan aku sendiripun gagal mencari hujung pangkalnya. Biarlah ianya menjadi titik noktah baru dalam hidupku. Akan ku anggap ianya suatu pengalaman yang paling berharga dalam hidupku. Tak ingin aku memikirkan lagi apa yang kau rasa dan apa yang akan kau lalui kerana segalanya sudah berubah. Jauh berubah semenjak 21 oktober 2003 pertemuan itu. Malang sungguh tetapi apakan daya setiap kejadian itu ada maksud yang tersirat disebaliknya. Ku yakin itu, walau sukar menerima kepahitan kenyataan itu.

Segalanya padam tiba-tiba…..
Dan aku dalam kegelapan tanpa mu disisi…
Teraba aku mencari pintu cintamu
Untuk merungkaikan ikatan rinduku..
Tapi yang ku temui hanyalah kekecewaan semata
Sepinya cinta itu…
Sesejuk malam itu..
Tanpa cinta mu menghangatkan sepiku
Padamu…
Tiada indah lagi..
Tiada puisi indah lagi..
Tiada lagu cinta lagi buatku..
Tiada lagi tawa manja mu..
Tiada lagi jelingan matamu…
Senyum leret mu hilang..
Hilang segala sentuhan mesramu…
Hilang entah kemana..
Tiada lagi untukku…
Rindu yang kau janjikan…
Padam dan terus padam….
Tinggal aku sorang…
Sendirian….

Merindui mu….

Tangisku tiada penghujungnya. Rinduku tiada batasnya. Tapi takdir mengatasi segala nya. Ku redha jua….. Ku akur bahawa aku terpaksa pinggirkan kasih dan rinduku ke penghujung muara sepi. Terpaksa lewati semua halangan cinta yang paling perit ini semata-mata untuk merinduimu.

Perjalanan masih diteruskan. Tapi apakah aku yang keliru atau sememangnya sudah takdir penentu kehendakNya jalan ini sudah ada penghujungnya. Keliru? Atau aku degil menerima kenyataan itu? Cuba aku pertahankan kemahuan yang bukan milikku. Sudah ku tempuhi kesukaran merinduimu dan sekarang terpaksa kutempuhi pula kesukaran menerima kenyataan bahawa tangisan dalam kerinduan ini masih berterusan. Amat sukar tetapi itulah kenyataanku. Bukannya tidak mau aku buang jauh-jauh namun makin ku hindari makin dekat hadir dalam hatiku.

Cuba bayangkan keburukkanmu namun yang hadir keindahan bersamamu menghantui ku. Nampaknya hembusan asmara makin menjadi-jadi walau cuba ku tempis tempiasnya. Hanya mampu ku bertahan dan sabar. Cuba kubilas kesabaranku dengan ketenangan dan kenyataan hakikat ini walau sukar sekalipun…. Akan aku walau perit sekalipun.

No comments: