Tuesday, December 19, 2006

Beautiful Tareeq (to the eyes)

Speechless...
Bila senja ku petik kala mentari pudar warnanya
kusimpan dalam poket sanubari
mencuri "My Heart" ketika hujan menitik
falling on my cheeks...
cooling sensations
feels like winter is blessing

Manjalah aku...
pada malam yang kurasakan amat panjang
menuju kemuncaknya
Whats left for me...
when u hit the right points
taking beautiful red sky
from my eyes..
you give me tears...
you give me your words...
sedikit tersentuh pada rasa
seandainya terasa aku ini amat kecil...
smaller and smaller and smaller
melingkarlah aku diselimut malam
menyiksa diri dengan persoalan...
why me?
why not?
I just don't understand...
i don't....

Beautiful Tareeq...
life isn't always as what we expect..
Be strong......

Wednesday, September 06, 2006

Fajar Istanbul



Keindahan senja kala Istanbul cuba beradu di hamparan fajar.

Wednesday, August 16, 2006

How do i love thee?

How do I love thee? Let me count the ways.
I love thee to the depth and breadth and height
My soul can reach, when feeling out of sight
For the ends of Being and ideal Grace.

I love thee to the level of everyday's
Most quiet need, by sun and candlelight.
I love thee freely, as men strive for Right;
I love thee purely, as they turn from Praise.

I love thee with the passion put to use
In my old griefs, and with my childhood's faith.
I love thee with a love I seemed to lose
With my lost saints, I love thee with the breath,
Smiles, tears, of all my life! and, if God choose

Tarikh Itu 18 Februari

TARIKH ITU 18 FEBRUARI.

Sedang musim boleh berganti, inikan pula manusia yang kehilangan cintanya sejak 6 bulan yang lalu. Tapi begitulah suratan takdir, sama ada benar itu cinta atau sekadar mainan asmara terserah kepada individu untuk menentukannya.

Bagi aku terlalu awal untuk menilai cinta yang baru ku temui semenjak 18 Februari lalu.

Terlalu cepat.

Mulanya ku anggap itu sekadar mainan asmara yang cuba mengusik dasar hatiku yang kesunyian selama ini. Dan hari ini sudah masuk hari ke 7 dan aku sudah menerima sms yang ke 80 darinya. Banyak tu kalau dibandingkan dengan sekadar teman biasa. Namun tiada keputusan dibuat lagi dan itu yang paling menggembirakan aku. Syukurlah. Tidak mahu aku terburu-buru nafsu membuat keputusan. Takut juga perkara yang sama bakal berulang lagi. Cuma mungkin situasi dan cara nya yang akan berbeza. Cuma harapanku ianya tidaklah seteruk dahulu.

Petang ini 24 februari, cuba ku lontarkan jauh-jauh pandanganku ke hadapan, memikirkan apakah yang terbaik untuk meneruskan percintaan yang ada dijiwa. Faktor masa tidak wujud di sini. Ianya terlampau subjektif. Apa yang penting disini ialah bagaimana untuk mengekalkan apa yang ada. Bagaimana untuk melupakan kenangan pahit lalu dan menerima apa yang mendatang sekadar seadanya. Memang ku akui banyak pengorbanan terpaksa ku lakukan.

Tetapi memang benar kata orang kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai. Hidup ini terlampau singkat, sememangnya kita perlu merancang sebaik-baiknya. Kalau tidak musnah segala impian yang dibina. Walau sekecil mana sekalipun impian itu. Perlu ada kesungguhan dan keinginan yang mendalam.

Aku, seboleh-bolehnya cuba bertenang. Walau jauh disudut hatiku keinginan yang membuak-buak untuk melihatnya senantiasa di depan mata.

Kali ini agak pelik. Ada tiga kemungkinan disini;
Pertama- agak mengecewakan seandainya dia sukar untuk ditemui kerana dia sudah ada orang lain dan cuba bermain kayu tiga. Semata-mata takut tembelangnya pecah maka dia cuba menjauhkan diri tetapi untuk tidak melepaskan aku begitu sahaja dia bermain kata-kata manis dengan sms. Cuba menyakinkan aku walau pun tidak berjumpa dengan memberi harapan yang keputusan akan dibuat. Agak menakutkan sebenarnya. Memang mengerikan. Seram ye.

Kedua- dia sememangnya seorang yang berhati-hati dalam percintaan. Pertemuan yang kerap tidak semestinya semata-mata kerana nafsu. Dan ia cuba mengambil masa untuk menilai sebelum benar-benar mengambil keputusan yang lebih serius. Kemungkinan dia takut kenangan pahit dalam hidupnya yang pernah terjadi akan berulang dan cuba mengatur langkah sebaik-baiknya agar tidak terluka lagi. Dia cuba untuk menyakinkan bahawa untuk membuat keputusan yang sebaik-baiknya adalah dengan bersabar. Berjauhan baginya akan terus mengungkitkan bibit-bibit kerinduan. Tetapi sampai bila? Inipun agak menyeramkan bagiku. Sedang aku walaupun berhati-hati tetapi kalau berjauhan bagaimana untuk menilai pasangan sendiri? Bukan senang.

Seram ye.

Dan yang paling menyeramkan ialah sebab yang ke-3 ini. Dia seorang yang suka kebebasan untuk melakukan apa sahaja. Termasuk lah mempermainkan cinta orang lain. Sukar untuk menemuinya. Dan bila berjumpa, dari segi apa yang di ucapkannya seakan dia seorang yang tidak serius dalam percintaan dan inginkan kebebasan untuk memiliki sesiapa sahaja dan dalam bentuk kuantiti yang banyak. Atau dalam perkataan yang lebih pedih, dia seorang yang suka “flirt around”. Inilah yang paling menyeramkan sebenarnya.

Takut ye.

Merenung kembali hari-hari yang ku lalui sejak kebelakangan ini amat menyedihkan ku. Entah kenapa kesedihan lalu benar-benar terasa di benakku. Perasaan kian amat sensitif. Sekelumitpun aku tidak mahu menyimpan perasaan rindu kerana perasaan itulah yang menghancurkan segala impianku selama ini. Aku hanyut jauh dan jauh kerana perasaan sepi dan rindu. 6 bulan bukan lama…. Memang tidak lama kalau dibandingkan dengan 4 tahun tetapi 6 bulan itulah yang benar-benar menyebabkan hati dan perasaanku merana. Parah ye. Untuk memulakan segala-galanya bukan mudah tetapi sejauh ini aku mengharapkan ada sinar untuk aku dalam perhubungan ini. Memang aku tidak mahu terburu-buru, tetapi andai sudah hati ini sudah mengatakan rinduku hanya buat mu, aku terpaksa mengalah.

Dan yang lebih azab ialah hari ini 15 may 2005, sudah 16 hari dia tidak menghubungiku walau udah banyak kali ku menghantar sms untuknya. Apakah alasannya kali ini? Entahlah, masalah? Sesiapapun ada masalah. Sukar untuk aku menilai dan menelah apa yang berlaku. Sejauh apa yang aku rasa, rindu yang amat mendalam pada orang yang entahkan suka atau tidak padaku. Bebanan yang aku pikul selama dua minggu begitu kejam sekali. Hari-hari yang kulalui begitu pedih tapi syukur atas kurniaan Ilahi, aku tabah dan sabar menakluki perasaan kelamku. Hari ini aku tenang walau jauh disudut hatiku gelora sering melanda tanpa henti.

Seperti yang telah aku jangkakan. Tiada apa yang hendak aku selindung lagi dari diri sendiri. Apa yang aku rasakan akan berlaku sedang terjadi sekarang. Terpaksalah aku mengambil langkah-langkah sewajarnya. Berdiam diri juga. Andai itu yang dikau inginkan, terpaksalah aku berikan. Rantaian perasaan yang aku simpan buatmu akan aku hulurkan agar kau juga merasa betapa seksanya merindu dan menduga apa yang sebenarnya terjadi sedang aku tidak pasti apa yang berlaku sebenarnya.

Maafkan aku andai aku tidak mampu menjadi yang terbaik. Yang sebenarnya aku cuba untuk memberikan yang terbaik. Tetapi andai kau menolak untuk menerimanya, terpaksalah aku berdiam diri sahaja. Terima seadanya…..

Sayang, kita bukan berada dihujung dunia. Atau di puncak gunung mana-mana. Sedari dulu sememangnya kau tiada perasaan apa-apa terhadapku. Dan kenyataan itu aku telan pahit-pahit. Terpaksa ku terima kenyataan ini walau aku tahu dihatimu kemahuan meluat-luat tetapi biarlah. Biarlah segala-galanya berlalu tanpa sedar. Anggaplah semua ini hanya mimpi-mimpi ngerimu di siang hari….

Terima kasih atas segalanya, teristimewa rindu yang kau ciptakan buatku… semoga kau menemui apa yang kau inginkan. Biarlah aku disini. Tiada rahsia lagi…. Soalan peperiksaan sudah bocor……

Wa sudah kantoi beb!!