Sudah takdir Ilahi..
Hadir nya kita disini adalah dengan izinNya, dan perginya kita kembali kepangkuannya adalah dengan kehendakNya jua. Tidak dapat ku nafikan hakikat itu. Namun kerinduanku pada 2 orang temanku amat dalam. Seorang bernama Ahmad Salleh (sudah 15 tahun tidak kutemui) dan Mohd Suhaimi Mohd ( sudah 8 tahun tidak bersua). Rindu yang amat sangat. Tidak dapat ku nafikan perasaan yang amat pilu saat berita sampai ke telingaku bahawa kedua-duanya sudah tiada lagi di bumi Ilahi ini. Apalah yang mampu ku lakukan selain ucapan Al-Fatihah buat kedua-dua nya.
Berteleku menongkat dagu merenung jauh-jauh keluar jendela petang itu. Ada angin senja memanggil rindu pergi dariku. Tanpa kusedari ada titisan air mata mengalir dipipiku. Sejauh ini egoku untuk tidak memaafkan kedua-duanya kerana perkara kecil akhirnya meninggalkan keinsafan buatku. Begitu kerdilnya aku dimataku sendiri. Begitu hinanya aku dimataku sendiri. Kesilapan yang seharusnya aku hapuskan dari mindaku sejak dulu lagi akhirnya luput berderai bersama air mata rinduku buat kedua-duanya.
Moga kedua-duanya dicucuri Rahmat Ilahi. Kuseka air mata bak menyeka, menahan rinduku dari pergi buat mereka....
Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment