Hari ini masuk hari terakhir di manchester. Usahkan pening lalat, aku sudah pening kerbau dek penangan teman-teman sekerja. Rasa sejuk cuaca di Manchester tidak terasa dek kehangatan gelak tawa kengkawan sekerja. Lupa seketika rasa rindu pada KL, serasanya berada dirumah sendiri.
Hari kami bermula jam 730 pagi... melantak breakfast sampai nak pecah perut, walaupun tak ada nasi lemak Mem Catering ataupun roti canai Adik Abang. Biasalah roti, telur, roasted beans dan buah-buahan. Lantak ajalah... janji perut terisi.
Setelah kenyang, hotel lounge menjadi taruhan untuk menghangatkan lagi suasana. scrabble, bola sepak, internet menjadi mangsa. Aduh... pening kepala dek gelak ketawa yang tak henti. Serasanya usia berpatah balik ke 10 tahun yang lalu. Mana mungkin 10 tahun dulu semua ini ada sedang aku ketika itu sibuk dengan berpersatuan dan buku-buku pelajaran.
Lalu apa lagi yang perlu dikhuatirkan...
Lalui segalanya dengan penuh minat dan kegembiraan...
Tak rugi satu sen pun...
Penat semua itu, gossip liar, gossip jinak, dan pelbagai isu diketengahkan. Usahkan Odah.. tiada sesiapa boleh lawan kami. Kamilah juara segala-galanya. Setakat ini ajelah. Yang penting masing-masing berbakat dan berotak.
Hanya beberapa tahun saja lagi sebelum aku melangkah pergi. Kecapilah semua ini dengan penuh istiqamah. Perjalanan aku masih jauh... keinginan masih ada dan takan pudar sedikitpun. Tangga teratas akan aku tuju... insyaallah. Amin.
Pecahlah ruyung itu..
tumpahlah kendi itu..
melimpahlah akal buntu
mengalir menjadi air mata sang bayu..
bila tengahari menjelang senja
waktu sang ombak membelah waktu
Tunduk akur
dongak teguh
geleng..
pasang niat yang satu
saat itulah mata hati tertumpu
pada akur yang akan terus teguh
takhtanya disanubari
tiaranya di mata ketigaku...
qiblatnya diminda
yang akan terus jitu
memandang pada-Mu...
Amin kataku
amin kata-Mu
aminlah segalanya.....
Amin
Tuesday, October 04, 2005
Subscribe to:
Posts (Atom)