Sunday, September 16, 2007

Sendirian Lagi

Ingin sekali aku menitiskan airmata
hanya keluhan kecil menjelma
Sukarnya melepaskan rindu yang pergi
Amat payah tatkala
aku inginkan rasa sepi itu pergi...
sedang sebenarnya aku amat cinta

Aku janji akan kepayahan ini akan pergi
sumpahku tak kemana..
sukar untuk menentukan takdir Ilahi..
yang mana satu pilihan...
seksanya aku

Hari ini...
Janji ku leraikan
Biarlah rindu itu pergi
bersama keresahan yang amat panjang
yang aku sendiri tidak tahu
dimana hujung dan pangkal
apa kemahuan aku...
Biarlah..
persimpangan ini menjadi saksi
aku kejam pada diri sendiri...
Aku rela atas kepayahan ku
untuk kegembiraanmu...

Yang akhirnya..
kulepaskan jua airmata
walau berat
hati
perasaan
mahu ini....
terima kasih
Biarlah aku damai disini
sendirian lagi....

2 comments:

rahsia_jejaka_bitara said...

Titiskanlah air mata itu
sebagai bukti nyata cinta
sunguhpun ia payah
dan inilah usaha
membukti rindu pada cinta

Bertemu dan pergi
jua lumrah kesuma jiwa
semuanya susunan takdir-Nya
untuk kita

Hari ini tetap akan pergi
dan pasti bertemu hari esok
lusa
tulat
langkat
cuma adakah kita akan bersua muka dengan esok
lusa
tulat
langkat
cinta tak dapat jika tak dicari
cinta tak kan dinikmati jika tak diberi
carilah cinta
untuk melengkapi hidup di dunia yang fana ini

TAREEQ-NAUFAL said...

Apapun yang ada....
hati
perasaan
mahu itu
mau diacah pada kenyataan
takdir adalah mesra
tunjukkan ingin itu
jelaskan kata itu...
terus..
hati akan kotakan...
maka sendirian itu cuma
hanyalah pada permukaan saja
usah didasarkan pada
hati....