Kisah Nabi Sulaiman dgn Seekor Semut dan Kisah Penggali Kubur
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.
Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".
Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".
Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"
Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".
Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal
semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.
Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu
kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini
sudah sebulan tapi kamu makan setengah".
Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apa pun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri
dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada
kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".
Itulah Iman Semut!!
Iman manusia pulak??
Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.
Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.
Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.
Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".
Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".
Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.
Kata Saidina Ali kepada Kamil: " ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU
BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN".
Renungan
Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Nabi s.a.w telah ditanya: Apakah yang dapat dibandingkan dengan jihad pada jalan Allah? Nabi s.a.w menjawab: Kamu tidak akan sanggup melakukannya. Pertanyaan tersebut diulang sehingga dua atau tiga kali. Tetapi baginda masih menjawab: Kamu tidak akan sanggup melakukannya. Pada kali yang ketiganya baginda bersabda: Perumpamaan orang yang berjihad pada jalan Allah samalah seperti seorang yang selalu berpuasa dan selalu melakukan ibadat malam serta taat kepada ayat-ayat Allah. Beliau tidak merasa letih dari puasa dan sembahyangnya sehinggalah orang yang berjihad pada jalan Allah itu kembali.
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3490
Thursday, December 17, 2009
Dah lama tak bersua...
Kata orang... makin lama kita memendam cerita, makin lama lah ia samada: bagus untuk didengar dikemudian hari... atau tak bagus langsung untuk didengari.
Sudah lama tidak menulis disini walau sebenarnya tidaklah sepandai mana menulis kata-kata hikmat. Sudah sekian lama bersusah payah menyiapkan MBA maka selesailah sudah pada tanggal 31 ogos 2009 tempohari. Alhamdulillah segala penat lelah terbayar, itu janjiku pada Cik dan Ayah kat kampung. Dan itulah hadiahku buat Cik dan Ayah, yang terbaik untuk mereka.
Sekarang, apa lagi?
Apa lagi? teruskan apa yang ada lah..... Niat aku cuma satu, semoga usaha dikit ku ini akan dapat aku gunakan untuk membantu anak bangsa menjadi anak bangsa yang terbaik. Amin.
Sekarang aku berusaha untuk menlengkapi Proposal untuk Phd, walau belum apply mana2 universiti lagi. Harapan aku sebelum hari lahirku Januari nanti akan selesai untuk diPROPOSE kan...
Amin....

Sunday, September 16, 2007
Sendirian Lagi
Ingin sekali aku menitiskan airmata
hanya keluhan kecil menjelma
Sukarnya melepaskan rindu yang pergi
Amat payah tatkala
aku inginkan rasa sepi itu pergi...
sedang sebenarnya aku amat cinta
Aku janji akan kepayahan ini akan pergi
sumpahku tak kemana..
sukar untuk menentukan takdir Ilahi..
yang mana satu pilihan...
seksanya aku
Hari ini...
Janji ku leraikan
Biarlah rindu itu pergi
bersama keresahan yang amat panjang
yang aku sendiri tidak tahu
dimana hujung dan pangkal
apa kemahuan aku...
Biarlah..
persimpangan ini menjadi saksi
aku kejam pada diri sendiri...
Aku rela atas kepayahan ku
untuk kegembiraanmu...
Yang akhirnya..
kulepaskan jua airmata
walau berat
hati
perasaan
mahu ini....
terima kasih
Biarlah aku damai disini
sendirian lagi....
hanya keluhan kecil menjelma
Sukarnya melepaskan rindu yang pergi
Amat payah tatkala
aku inginkan rasa sepi itu pergi...
sedang sebenarnya aku amat cinta
Aku janji akan kepayahan ini akan pergi
sumpahku tak kemana..
sukar untuk menentukan takdir Ilahi..
yang mana satu pilihan...
seksanya aku
Hari ini...
Janji ku leraikan
Biarlah rindu itu pergi
bersama keresahan yang amat panjang
yang aku sendiri tidak tahu
dimana hujung dan pangkal
apa kemahuan aku...
Biarlah..
persimpangan ini menjadi saksi
aku kejam pada diri sendiri...
Aku rela atas kepayahan ku
untuk kegembiraanmu...
Yang akhirnya..
kulepaskan jua airmata
walau berat
hati
perasaan
mahu ini....
terima kasih
Biarlah aku damai disini
sendirian lagi....
Sunday, February 25, 2007
Sila Beri Tunjuk Ajar!!
Alhamdulillah.... nothing much that i can say. It has been almost 11 miracle years since 1997. This year 2007 is the year. The time that i have been waiting for soooooooo long (11 tahun babe!).
Finally, i'm back to UUM. Seronok bukan main lagi. It was in 1998 when i applied for MSc. (Tourism) in George Washington University, Washington DC and Nevada University, Las Vegas, they approved my application. That time i already prepared for everything... goodbye malaysia! Ahaks.. seronok sebab nak pi belajar kat luar negeri. Bukan nya selama ini tak pernah ke luar negara, tapi masa tu perasaan lain tau... belajar lah katakan. Tapi dalam seronok2 tu sedih menjelma pasai JPJ and MARA tak approve aku punya loan. Tak dapatlah sponsorship. Sedih amat... terpaksa lupakan cita-cita.
Lepas tu memendam rasa merajuk tak sudah (buruk sangat) sehinggalah tahun lepas. 10 years in airlines! travel here and there sapa tak suka tapi hati ini setiap hari rasa nak jadi student gak. After a year of preparation, aku dapat tempat kat UUM dan UiTM (MassCom.) mana satu nak pi nih.... akhirnya keputusan dibuat, UUM.
So, the day that have been waiting for came. Mendaftar lah aku kat uum pada 7hb Januari 2007. Tarikh keramat ye! Maka jadiklah aku MASTER student kat UUM. Part-time ajelah. Kesahlah, part-time pun part-time lah...
Persoalannya ialah, ramai yang tertanya-tanya terutamanya sebahagian besar kengkawan kat KL tu...(dengkilah tu.. busuk hati hehehe) kenapa aku sudah gila hantu nak buat part-time kat UUM sintok. Pada masa yang sama kena travel every week ke sana. Bukan ke masih ada KL Campus? Hehehehe tak boleh cakap. Rahsia! oklah aku bagi klue.... sebab UUM ni cantik. Aman damai sentosa.....
Tipu......
Nantilah aku cerita kemudian ek. Sekarang aku nak menikmati keindahan UUM sekali lagi sebelum aku balik ke KL. Esok pegi Sydney. Seronok jugak, Boleh ke Paddy Market, Sydney Opera dan banyak tempat lagi walaupun dah berpuluh-puluh kali aku pergi kesemua tempat tu.
Ta da....

Subscribe to:
Posts (Atom)